Final

Done my first paper for this semester. MPU2313 (Agama Islam Di Malaysia). So far, Alhamdulillah ya Allah terima kasih. Aku dah usaha, ikhtiar dan doa. Maka, aku bertawakkal kepadaMu ya Rabbi. Fighting for another 4 papers. Ganbatte!

Positioning technique for general radiography – 4 Jan
Intro to diagnostic imaging instrumention – 5 Jan
Radiographic photography and quality assurance – 6 Jan
General diagnostic image study – 8 Jan

Then, come back home come back home. Dua bulan kod tak balik. Kerana final exam, ku gagahkan semangat yang berbaki dan sadokan hati tak balik bercuti study week untuk merealisasikan impian aku juga impian besar ibu ayah untuk melihat kejayaan aku. Ya Allah, panjangkanlah umur ibu dan ayah ku supaya dapat aku membalas jasa mereka.

Nak tahu kenapa semangat aku study kat sini lain sikit? Aku baru sedar tak pernah ada kawan yang ajak aku study suruh aku study dulu. Dan aku terus lalai dengan kenakalan zaman sekolah. Bile hidup kat uni ni, baru aku tahu theres no one cares about you. Study sendiri. Ingatkan diri sendiri. Tahu tujuan hidup. Letak azam yang tinggi dan ko akan berusaha keras untuk mencapainya.
“If you really want to do something, you’ll find a way. If you don’t, you’ll find an excuse”. Agaknya kalau kawan kawan sekolah aku tengok aku, aku rasa dorang pun terkejut kalau nampak aku gigih study sampai stay up malam tahan ngantuk. That’s because, the old Fatihah is coming back.
Bukan aku nak show off, tapi aku sendiri rasa perbezaan tu. Cume aku rindu zaman mengaji dulu. Lapang hati. Tenang jiwa. Ok gais. Kite jumpe lepas final. Buat reunion kecil-kecilan.

Well, dear-ex happy belated birthday hahaha. Bukan lupe nak wish dan bukan taknak wish dan bukan nak sangat wish. Have a blast! Semoge dapat makwe bertepatan dgn ciri ciri yg awak nak dan of course much better than me. I wil always pray for your success and may live happily ever after. Amin. I wish we could be friends tho.


Rindu oh rindu

Alahai tetibe rase rindu pulak kat fafa in yuzu saishime. 
Gaiss, selalunya tengah pagi mcm ni kita tengah melepak buat ape ape tah. Melantak maggi lah bace novel lah dengar lagu lah. How i miss ualls so much dears. Hmm

Bilakah kita akan bersua kembali? Meluah rindu yang tersemat di hati.
 

Dear Ayun (my hot mama), kakak rindu nak kongsi rahsia dengan ayun. Nak ngumpat orang sebelum kita tido. Atau yun yang terlelap kat sebelah kakak. Hahah, well masa berlalu dengan pantas. Kakak teringat yang kakak tengah stress duduk kat ampaian lepastu yun datang hug kakak dan time tu jugak kakak bongkar masalah yg kakak pendam selama tu. Alahaii rindunya yun. Tc dear. All da best in your study.
 

Syidah (my cutest shortest panda), i wish i can hug you right now. Kakak teringat bile something buat kakak tertekan dan menangis syer pun nangis jugak. Kadang kelakar tp im so touched actually. Kakak pernah terbace diari (kod) syer cakap pasal kakak. Kakak terharu sangat waktu tu. Ye, kakak tak pernah olok olok sayang korang. Everything dari hati. Kakak terlalu sayang korang.
 

Mel, kakak rindu sangat mel dgn lia. Sangat! Tapi kakak keliru, sejak kakak dgn along, everything seolah olah berubah. Kakak tak rase kite serapat dulu lagi. Mel, apa patut kakak buat utk kite mcm dulu? Kakak teringat dulu kita berdua gi istana berdua je same same konon nak cabar diri padahal takut. Kakak selalu naik dorm mel ajak turun makan petang (mel selalu tido terlebih lebih masa). Kakak tunggu sampai siap kite gi dm makan sama sama. Kakak rindu semua tu. Lia, ingat lia tertelan gula gula sprezzo? Kakak gelakkan lia tp dalam hati Allah je tahu risau kakak. Lia dah tarik hati (sayang) akak waktu kakak tumpang rumah lia lagi. Kakak tak pernah nak gunekan korang utk dapatkan along. Ingat kakak ada nasi ayam, pelawa lia makan tp lia kata kenyang. Tup tup lia habiskan. Kakak tak kisah pun sbb kakak dah syg lia mcm adik sendiri. Yeah, i admit kakak cemburu bile lia rapat dgn kak anis. Ingat surat surat lia bg? Ingat gwiyomi sebelum tido? How I miss korang. Hati rasa terseksa tatkala terkenang kisah kisah kita.

Zulaykha sayang, kakak rindu zu. Bile kakak sedih, zu datang salurkan kekuatan yg zu ade. Kakak suke bile zu mempositifkan pemikiran kakak. I miss you damn so much keding batang tiang! Jage diri ye dear. I wish I can see you ASAP.

In payung, even kite pernah tak rapat utk seketika, kasih sayang kakak pd in tak pernah hilang. Same mcm adik adik yg lain. All the best sayang. Tahniah dah habis sekolah. Freedom, freedom ohh freedom. Terima kasih utk layanan yg baik selama kakak jd your senior. You're the best sayang :)

Atin, cukuplah memori 260413 menggambarkan betapa aku rindu persahabatan kita.
 

Guys, seriously saat ni, waktu ni im crying hardly. Rindu yang teramat kat korang semua. Aku sedang melalui fasa fasa stress yang aku tak pasti dgn siapa utk berkongsi.
 




                                                           



Kenangan,
 
Semoge takkan pernah hilang,Dari kotak ingatan.
Walau kaki melangkah pergi,

Sayangku tak pernah lari,
Malah untuk berhenti menyayangi.

2.23am/15.12.15


Dear brother

Setiap orang ade masalah sendiri kan, besar ke kecik ke itu semua ujian Allah.
Ya, aku redha walaupun kerap kali Allah uji ku dengan ujian yang sama.

Aku tak tahu na cakap apa, mungkin orang nampak life aku best, duit ade, masalah takde. Tak! Itu korang yg judge. Hidup aku tak sempurna mana. Allah selitkan ujian jugak untuk uji aku. Wahai hati, semoge kau kuat menempuh hari hari yang bakal datang.

Dulu aku ade Fatin nak meluahkan segalanya, aku ingat kita sahabat sehidup semati. Tapi lepas kita bawa diri lepas SPM aku tak rasa lagi aku punya tempat mengadu. Masa demi masa terus berlalu. Sampai aku sendiri rasa kekok bile jumpe dengan kau. Sampai aku takut nak ada kawan baik lagi. Sampai aku rasa aku buat kesilapan yang besar bile Fiza tinggalkan aku pergi SPA. Sampai aku rasa aku tak layak untuk punya kawan baik. Sejak tu, aku kawan dengan semua orang takde lebih, Sebab aku takut orang tinggalkan aku macam mana kau tinggalkan aku. Kau tahu sedih sangat bila aku tengah tertekan bila aku banyak masalah tapi kau dah takde nak dengar semua cerita aku. Fatin, setiap malam aku tidur peluk bantal yang kau belanje KFC dapat free tu. Even dia barang free tapi sebab dari kau sentimental value nya sgt tinggi bagi aku. Sebab aku terlalu sayang kau. Tapi aku kene move on kan, aku dah takde kawan baik mcm dulu lagi. Aku lupe level IQ kita sangat berbeza. Aku lupe antara kita banyak sangat beza. Aku tak salahkan kau pun, aku cuma nak minta maaf selama kita berkawan aku ajak buat jahat ke, minta maaf ye tin.

Tujuan post ni bukan untuk kau, aku rindu ude. Kalau kau ingat lagi kisah aku pernah cerite. Ye, ia berulang kembali. Kau tahu aku rindu sangat kat ude. Aku tak tahu nak cover macam mane depan kawan kawan aku kalau aku teringat sangat kat ude. Aku tak tahu nak buat apa, Aku terlalu rindu ude. Aku kesiankan dia tp aku tak tau mcm mane aku nak tolong dia. Aku taktau macam mana nak cover air mata aku kalau ibu mention pasal ude. Aku tahu dia pun sedih jd aku taknak basahkan mata aku kalau boleh depan ibu ayah. Aku rindu dia tin. Rindu sangat. Yeah life is getting more tougher. Again, nak final exam bende ni jadi lagi. Aku takut tak dapat nak fokus untuk exam,

Kadang kadang aku menyampah dengan org yg pamerkan masalah dorang sebab aku sekuat hati tahan selama ni, Even kadang aku nak mengalah, aku tahu Allah tengah menguji. Tapi kenapa aku lagi.

Ya Allah, sampaikan rindu aku buat ude, Ya Allah, tolong pelihara ude sebaik baiknya. Ya Allah tolong permudahkan segala urusan ude. Ya Allah berikan peluang untuk ude.
Ude, orang sayang ude sangat sangat. Tolong jage diri baik baik. Tolong sangat.





Post-practical


Assalamualaikum, nak share sikit pengalaman praktikal :D
First practical was at Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 3 minggu gigihkan diri bangun seawal 5 pagi untuk ke hosp menimba ilmu. Minggu pertama dapat praktikal kat Klinik Kesihatan Greentown (alah sebelah hosp je). Radiographer kat sana semua baik baik belaka. Kat sana lah belajar position cervical spine, lumbar spine. Buat dua projection split dalam satu cassette. Thanks akak akak yg baik dan comel :)

Perkenalkan ni lah x-ray tube utk general x-ray mcm chest ke upper and lower extremeties. Ni mesin X-ray kat KK department sebijik mcm kat skill lab huhu.
Second and third week pulak praktikal kat HRPB. Ortopedik, Ortopantomography, Acciedent and Emergency, Flouroscopy dan Bilik X-ray 1. Macam macam pengalaman dapat praktikal ni. Ade patient berdarah, berbalut POP, masuk besi sana sini, lepas eksiden. Huhu tak sangke angan angan bekerja di hosp tercapai walaupun tak dapat jd doctor. Nak jd juru x-ray ni kene kuat mental, tak boleh kesian pt sangat kalau na position pt. Teringat pulak bilik fluoroscopy, rasa sebak bile pt datang buat HSG (Hysterosalpingogram).

Ni set nak buat prosedur HSG. Tp ade lagi yg sterile punya doctor je boleh pegang sebab dorang je pakai glove yg dah sterile. Feeling bile tengok boleh kata minor operation jugak lah kan kalau dah cucuk sane sini.
Hmm, lupe nak amik gambar mesin flouroscopy, mesin dia lain sikit L Takpe next time praktikal amik gambar mesin mesin lain jugak. Okay, so far im very thankful to all radiographers in KKG and HRPB atas ilmu yg dikongsikan. Thanks akak akak dan encik encik yg sporting yg garang pun sekali. Hehe, rindu Mr Naresh, Mr Thiben, Kak Rahel, Kak Pah, Kak Fiza dan lain lain.

Lastly, ni radiograph yg aku dengan syafiq berjaya sahut cabaran senior radiographer utk buat split. HAHAHA, tp waktu akak tu cabar aku dah goyang tp nasib baik ade budak pandai ni so kteorg berjaya buktikan hahaha
Okay, tunggu posting lepas ni pulak (: