Broga Hill (:
22nd  January, 2016

Bukit Broga, Semenyih.

OK gais, ni kawan kawan kat Maahad dulu. Cuti yang sangat produktif sebab tak habiskan masa melepak dekat mall tapi kiteorang mendaki bukit broga. Seronok sangat dapat jumpa diaorang. Aku tak pernah rasa lagi hebatnya persahabatan macam ni lepas keluar Maahad. Susah nak cari kawan yang mengingatkan kita dgn akhirat tapi dunia tak diketepikan jugak. Tak dapat nak jadi orang hebat pun, aku masih bersyukur sebab Allah letakkan aku dalam kalangan kawan kawan yang hebat macam dorang.

Oh yaa, hye Megat (angkat tangan). Tak plan pun nak pergi dengan Megat tau. Dia pun datang dengan budak PALAM. Tak sempat pun nak borak sempat selfie je sebab Megat time tu nak turun dah. So have a good life Megat. HAHA

 



Ok lupe, malam sebelum kiteorang naik broga tu, Ainul belanje steamboat wehh. Memang makan sampai muntah haha giler betul. First time makan bende ni. Biase lah bile kiteorang kumpul, memang restoran tu kiteorang punya sampai pekerja situ pun pening hahah. Pekerja situ terkejut kita dtg dari Uni yang berbeza kan. Haa memang lah pun kiteorang ni reunion kecik kecik. Kalau satu batch datang habis lah tak rupe restoran agaknya. Tak silap aku lokasi ni dekat Farez House (macam salah), Semenyih.
    
Terima kasih korang utk pengalaman ni and yaa syukur Ya Allah takde apa apa berlaku sepanjang kita naik dan turun melainkan pancit je lah kan haha. Thanks sudi tunggu time aku tak larat giler tu haha. Pengalaman solat subuh kat situ. Nice ah! Ikutkan hati tak boleh move on lagi tapi nanti orang menyampah pulak haha takpe kita update je lah kat blog.



Bittaufiq wannajah. Kesian korang yg terlibat dgn masalah JPA. Semoge semuanya berjalan lancar and Faz, inshaAllah kalau ade rezeki kite jumpe sebelum fly gi Jepun. Merata – rata batch kita menjelajah utk mengumpul ilmu. Alhamdulillah. Ainul, goodluck utk pertandingan tahfiz juz 1-30. Ya Allah hebat betul dorang ni semua. Ok, sayang korang semua <3



Final
Done my first paper for this semester. MPU2313 (Agama Islam Di Malaysia). So far, Alhamdulillah ya Allah terima kasih. Aku dah usaha, ikhtiar dan doa. Maka, aku bertawakkal kepadaMu ya Rabbi. Fighting for another 4 papers. Ganbatte!

Positioning technique for general radiography – 4 Jan
Intro to diagnostic imaging instrumention – 5 Jan
Radiographic photography and quality assurance – 6 Jan
General diagnostic image study – 8 Jan

Then, come back home come back home. Dua bulan kod tak balik. Kerana final exam, ku gagahkan semangat yang berbaki dan sadokan hati tak balik bercuti study week untuk merealisasikan impian aku juga impian besar ibu ayah untuk melihat kejayaan aku. Ya Allah, panjangkanlah umur ibu dan ayah ku supaya dapat aku membalas jasa mereka.

Nak tahu kenapa semangat aku study kat sini lain sikit? Aku baru sedar tak pernah ada kawan yang ajak aku study suruh aku study dulu. Dan aku terus lalai dengan kenakalan zaman sekolah. Bile hidup kat uni ni, baru aku tahu theres no one cares about you. Study sendiri. Ingatkan diri sendiri. Tahu tujuan hidup. Letak azam yang tinggi dan ko akan berusaha keras untuk mencapainya.
“If you really want to do something, you’ll find a way. If you don’t, you’ll find an excuse”. Agaknya kalau kawan kawan sekolah aku tengok aku, aku rasa dorang pun terkejut kalau nampak aku gigih study sampai stay up malam tahan ngantuk. That’s because, the old Fatihah is coming back.
Bukan aku nak show off, tapi aku sendiri rasa perbezaan tu. Cume aku rindu zaman mengaji dulu. Lapang hati. Tenang jiwa. Ok gais. Kite jumpe lepas final. Buat reunion kecil-kecilan.

Well, dear-ex happy belated birthday hahaha. Bukan lupe nak wish dan bukan taknak wish dan bukan nak sangat wish. Have a blast! Semoge dapat makwe bertepatan dgn ciri ciri yg awak nak dan of course much better than me. I wil always pray for your success and may live happily ever after. Amin. I wish we could be friends tho.


new past